Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari - Utusan Malaysia

Mayat lelaki jatuh Jambatan Songsang ditemui selepas tiga hari

MAYAT mangsa terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan, dekat Temerloh ditemukan berhampiran sangkar ikan kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian. - FOTO Ihsan JBPM Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH: Seorang lelaki ditemukan lemas dipercayai hanyut selepas terjatuh dari Jambatan Songsang, Sungai Semantan di sini hari ini.

Kejadian membabitkan  Mohamad Hanizam Md. Khalib, 30, dilaporkan berlaku pada 8 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat mangsa dijumpai pada hari ketiga pencarian sekitar pukul 9.01 pagi. 

“Mayat mangsa dijumpai oleh orang awam berhampiran sangkar ikan yang terletak satu kilometer dari lokasi mangsa dikatakan terjun.

“Dalam pada itu, pasukan penyelamat berjaya membawa mayat mangsa ke tempat selamat sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi pencarian tersebut membabitkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBDP Bukit Angin dan Pasukan K9 sebelum ditamatkan pada  pukul 9.33 pagi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya