Mansuh AP bahan makanan tidak selesai isu kenaikan harga, inflasi - DAP

Mansuh AP bahan makanan tidak selesai isu kenaikan harga, inflasi – DAP

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Langkah Kerajaan Pusat memansuhkan keperluan permit import (AP) terhadap bahan makanan berkuat kuasa serta-merta kelmarin tidak dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang dan inflasi yang sedang dihadapi rakyat ketika ini.

Sebaliknya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, isu berkenaan memerlukan perbincangan dan perdebatan yang komprehensif bersama pelbagai pihak bagi mencari input seterusnya diselesaikan secara menyeluruh.

Jelas beliau, berdasarkan pengalaman di dalam Kerajaan Pusat sebelum ini, DAP berpendirian langkah memansuhkan AP itu bukan satu-satunya langkah yang boleh menyelesaikan masalah tersebut.

“Isu ini bukan soal AP semata-mata, walaupun dibuat keputusan dimansuhkan serta-merta, tetapi langkah itu bukannya dapat menyelesaikan semua masalah.

“Ini kerana kenaikan harga barang dan inflasi ini disebabkan banyak faktor, antaranya dari rantaian bekalan dan juga sistem perbekalan yang melibatkan banyak peringkat.

“Ini juga adalah faktor yang kita perlu kaji semula,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai isu kenaikan mendadak harga barang keperluan ketika ini sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai serta sama ada DAP akan turut membangkitkan perkara itu kepada Kerajaan Pusat untuk ditangani segera.

Anthony Loke berkata, DAP ketika ini juga sedang merangka kertas dasar berhubung masalah kenaikan harga barang dan inflasi tersebut yang diuruskan oleh penasihat dasar parti itu, Tony Pua.

“Kita akan mengumumkan pendirian serta cadangan dan penyelesaian berhubung isu kenaikan harga barang dan inflasi ini selepas  kertas dasar mengenainya siap kelak,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya