Malaysia kekalkan 55.3% kawasan hutan - Utusan Malaysia

Malaysia kekalkan 55.3% kawasan hutan

TAKIYUDDIN Hassan (dua dari kanan) menyaksikan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tiga dari kiri) menyempurnakan majlis perasmian program Kembara Hijau Bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) Perlis di Kompleks Basikal Lasak Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis hari ini.- UTUSAN/SYED AZLAN SAYID HIZAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Malaysia masih mengekalkan 55.3 peratus atau 18.27 juta hektar keluasan tanah melibatkan pelbagai jenis hutan termasuk hutan simpan kekal selaras komitmen negara di peringkat antarabangsa.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, selain itu, Rancangan Fizikal Negara Ke-4 turut menyasarkan 50 peratus kawasan berhutan di semenanjung  menjelang 2040.

Menurut beliau, semua kerajaan negeri juga perlu mengambil tindakan meningkatkan kawasan berhutan sedia ada yang pada masa ini sekitar 43.41 peratus.

“Kerajaan turut memelihara dan memulihara kawasan berhutan serta biodiversiti dengan bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri dan pemegang taruh pelbagai projek seperti Central Forest Spine, perhutanan sosial dan konservasi hidupan liar,” katanya pada majlis perasmian program Kembara Hijau Bersama Himpunan Outdoorians Malaysia (HOM) Perlis di Kompleks Basikal Lasak Sungai Batu Pahat di sini hari ini.

Majlis perasmian yang turut melibatkan penyertaan agensi-agensi kerajaan negeri, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan pihak swasta itu disempurnakan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Berangkat sama, Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man.

Kata Takiyuddin, kerajaan juga menyediakan insentif kewangan iaitu Pemindahan Fiskal Ekologi Untuk Konservasi Biodiversiti bagi membantu kerajaan negeri memelihara dan memulihara kepelbagaian biologi serta kawasan perlindungan negeri masing-masing.

Sementara itu, Takiyuddin memberitahu, setakat ini, sebanyak 33 juta pokok merangkumi lebih 100,00 spesies ditanam di seluruh negara menerusi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok yang dilancarkan pada 5 Januari 2021.

Katanya, kempen tersebut menyasarkan penanaman 100 juta pokok bagi tujuan penghijauan Malaysia menjelang 2025.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya