PUTRAJAYA: Malaysia semalam terus merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,107 kes berbanding kelmarin, 2,573 kes sekali gus terus diatasi 6,890 kes sembuh.
Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,040 kes diikuti Kuala Lumpur (191), Pulau Pinang (146), Perak (123), Negeri Sembilan (120), Johor (111) dan Melaka (91).
Diikuti Sarawak (66), Pahang (61), Sabah (48), Kedah (43), Putrajaya (26), Terengganu (22), Kelantan (15), Perlis (4) dan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes.
Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan seramai 436 manakala yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 69 kes berbanding jumlah kelmarin, 78 kes.
Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan juga merekodkan penurunan kepada 45 kes berbanding jumlah kelmarin, 50 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster direkodkan sekali gus menjadikan 84 kluster yang masih aktif.
Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, lima kes kematian dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,547 kes.
Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,521 kes. – UTUSAN