Mahasiswa UMP galas cabaran dalam Sukan SEA Hanoi

Mahasiswa UMP galas cabaran dalam Sukan SEA Hanoi

NURUL ASHIKIN Hussin (tengah) bersama  jurulatih dan Profesor Madya Dr. Rusllim Mohamed dalam program meraikan atlet Sukan SEA Hanoi di Gambang, Pahang. - IHSAN UMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mahasiswa Universiti Malaysia Pahang (UMP), Nurul Ashikin Hussin yang merupakan atlet olahraga jalan kaki 20 kilometer berhasrat membawa pulang pingat dalam Sukan SEA Hanoi Vietnam yang berlangsung 12 Mei lalu sehingga 23 Mei ini.

Penuntut Fakulti Pengurusan Industri itu mengharapkan doa warga UMP dan seluruh rakyat negara ini agar dapat membawa pulang kejayaan dan mengibarkan jalur gemilang di Hanoi. 

Nurul Ashikin hadir bersama jurulatih Muhammad Fauzi Sulaiman dalam program meraikan atlet Sukan SEA anjuran Pusat Sukan dan Kebudayaan, semalam.

Yang hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Rusllim Mohamed dan Pengarah Pusat Sukan dan Kebudayaan, Mohd. Aznorizamin Ismail sebelum berangkat ke Hanoi hari ini. 

Menurut Dr. Rusllim, warga UMP berbangga dengan pencapaian Nurul Ashikin yang memberikan sepenuh komitmen dalam misi menjulang nama negara.

“Dalam menggalas cabaran ini, universiti sentiasa memberi sokongan dan peka terhadap kebajikan dalam kalangan atlet UMP bagi memastikan atlet beraksi pada tahap terbaik,” katanya yang hadir menyampaikan wang saku sebagai sokongan moral pihak universiti. 

Beliau mengharapkan Nurul Ashikin terus bersemangat dalam menjulang nama negara di temasya terbesar sukan Asia Tenggara itu. 

Bagi Nurul Ashikin yang merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, debaran pasti ada namun semangatnya membara untuk membawa pulang pingat buat negara. 

Anak bongsu daripada enam beradik itu berharap pengorbanan selama setahun dalam memberi tumpuan terhadap latihan dan tidak bertemu keluarga ini berbaloi buatnya. 

Dia turut mengucapkan terima kasih buat UMP yang banyak membantu memudahkan urusan pengajiannya serta dorongan jurulatih dan sokongan kuat daripada keluarga dalam merealisasikan impiannya untuk mewakili negara pada temasya Sukan SEA kali ini. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya