M Daud Kilau terharu dikunjungi peminat setia

M Daud Kilau terharu dikunjungi peminat setia

M. DAUD Kilau bersama peminatnya, Zahara Bakar di rumah penyanyi itu di Kampung Sungai Balai dekat Bagan Datuk semalam. - UTUSAN/AIN SAFRE BIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN DATUK: Datuk M. Daud Kilau terharu apabila dikunjungi seorang wanita warga emas yang merupakan peminat setianya dari Sungai Koyan, Pahang yang terpaksa didukung anaknya semata-mata untuk berjumpa penyanyi veteran itu.

Peminat itu, Zahara Bakar, 84, tahun, sanggup datang ke rumah Daud Kilau di Kampung Sungai Balai dekat sini untuk bertemu penyanyi kesayangannya itu.

Zahara, yang sudah uzur dan tidak mampu lagi berjalan, terpaksa didukung oleh anak lelakinya ketika berjumpa Daud Kilau.

Menurut Zahara, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk bertemu Daud Kilau namun tidak berkesempatan.

“Hari ini saya sangat gembira kerana akhirnya dipertemukan dengan penyanyi yang sangat saya minati,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Daud Kilau berkata, beliau terharu dan sebak kerana wanita itu sanggup datang dari jauh untuk bertemu dengannya.

“Saya menitiskan air mata melihat keadaannya yang uzur namun sanggup datang dari Pahang ke sini semata-mata untuk bertemu dengan saya,” katanya.

Kerana bimbangkan keselamatan wanita itu untuk pulang ke kampungnya di Pahang, Daud Kilau bermurah hari membenarkan mereka menginap di homestay miliknya untuk bermalam.

Sementara itu, mengenai kesihatannya, Daud Kilau yang sebelum ini mengalami komplikasi membuang air kecil pada 2016 berkata, tahap kesihatan tidak banyak berubah malah semakin merosot sejak kebelakangan ini.

Katanya, selain itu beliau menghidap sakit pinggang, kencing manis dan darah tinggi.

Beliau yang berusia 83 tahun berkata, beliau kini lebih anyak berbaring dan bergerak menggunakan kerusi roda.

“Saya sudah tak larat, tak mampu berjalan-jalan seperti dulu-dulu lagi.

“Ramai peminat yang datang ke rumah saya pada hari  raya tapi saya hanya mampu layan mereka dari atas kerusi roda sahaja,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya