Lintonite, mineral untuk produk elektronik ditemukan di Hulu Perak

Lintonite, mineral untuk produk elektronik ditemukan di Hulu Perak

SAARANI Mohamad (tengan) meninjau bangunan SK Jeliang yang usang di Kuala Kangsar, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kerajaan negeri menemukan mineral baharu, lintonite iaitu bahan yang digunakan dalam produk elektronik di kawasan Hulu Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penemuan tersebut diperoleh ketika kerja-kerja mengekstrak bijih timah di kawasan tersebut.

Katanya, mineral itu cukup bernilai digunakan sebagai bahan dalam produk-produk elektronik seperti telefon pintar dan jam.

Beliau berkata, projek rintis bagi mendapatkan mineral tersebut dilaksanakan di dalam kawasan milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Hulu Perak.

“Kita telah melalui semua proses untuk mendapatkan kelulusan Jabatan Alam Sekitar menerusi laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA).

“Minggu lepas kita sudah dapat surat kelulusan EIA dan meluluskan pilot project tersebut. “Syarikat yang diberi tanggungjawab itu akan menggunakan kelulusan berkenaan untuk mengesahkan mineral tersebut adalah radioaktif atau bukan radioaktif,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeliang, di sini hari ini.

Saarani berkata, jika mineral tersebut bukan radioaktif, Perak mendapat sumber mineral baharu sekali gus menambah pendapatan negeri.

Ditanya keluasan dan jumlah mineral yang ditemukan, Saarani berkata, perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Mineral tersebut ditemukan dalam jumlah yang banyak,” katanya.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri  memandang serius keperluan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan usang SK Jeliang yang didirikan sejak 1954.

Menurutnya, terdapat dua kelas yang terpaksa menggunakan bangunan tersebut bagi proses pengajaran dan pembelajaran selain dijadikan dewan.

Menurutnya, pihak sekolah terpaksa menggunakan bangunan tersebut dengan penuh waspada kerana tidak ada kawasan lain yang boleh digunakan sebagai kelas.

“Bangunan sekolah ini perlu diganti segera oleh kerana JKR telah mengesahkan bangunan ini tidak selamat.

“Jadi menjadi tanggungjawab kerajaan negeru untuk menyelesaikannya, kita usahakan sesegera mungkin. Kita akan berhubung dengan Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) untuk mencari peruntukan yang boleh digunakan bagi pembinaan bangunan baharu itu,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya