Lima negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19

Lima negeri catat lebih 100 kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam merekodkan penurunan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,836 kes berbanding kelmarin, 2,418 kes dan mengatasi 1,825 kes sembuh.

Berdasarkan laman web https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 851 kes diikuti Kuala Lumpur (274), Pulau Pinang (117), Negeri Sembilan, (112), Perak (109), Sabah (75) dan Sarawak (72).

Diikuti Putrajaya (49), Melaka (49), Johor (44), Kedah (36), Pahang (25), Kelantan (15), Terengganu (11) manakala Labuan dan Perlis, masing-masing tiga kes.

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 456 orang berbanding kelmarin, seramai 446 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan penurunan kepada 27 orang berbanding jumlah kelmarin, 31 orang.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 18 kes bersamaan jumlah kelmarin, 18 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan manakala sebanyak lapan kluster yang masih aktif berbanding kelmarin, 12 kluster sekali gus menjadikan 7,012 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan berkaitan kematian Covid-19, tiga kes dilaporkan menjadikan dan jumlah kematian terkini sebanyak 35,656 kes. 

Selain itu, tiada kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) yang menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,551 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya