Lebuh Raya Mex pun sesak

Lebuh Raya Mex pun sesak

KEADAAN Lebuhraya Mex yang turut mengalami kesesakan awal pagi ini. - Twitter hazleeseruji
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lazimnya, kesesakan lalu lintas sering berlaku di Lebuhraya Persekutuan dan Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2), namun kini situasi itu ‘merebak’ hingga ke Maju Expressway (Mex) atau dahulunya dikenali sebagai Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya.

Menerusi perkongsian yang diciap seorang pengguna laman sosial Twitter, hazleeseruji memaparkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di lebuh raya terbabit awal pagi ini.

Perkongsian itu mendapat respons netizen yang rata-ratanya meluahkan perasaan tidak senang dengan kejadian tersebut.

“Apa? Mex pun dah sesak? Dulu Mex lah tempat lari nak elak daripada sesak,” komen anwarrrrahmad.

“Pukul 6 pagi, kereta sudah mula banyak masuk Mex menghala ke Kuala Lumpur. Siapa yang keluar lambat jam 8 hingga 9 pagi tu memang bertabah la,” ciap Twt_Cyberjaya.

“Semua nak elak sesak di lebuh raya lain dan mereka gunakan Mex. Lagi bertambah sesak,” kata ducatiSya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya