Laungan masuk politik nak bantu rakyat sudah basi - netizen kritik Hans Isaac - Utusan Malaysia

Laungan masuk politik nak bantu rakyat sudah basi – netizen kritik Hans Isaac

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Jadi artis pun boleh tolong. Sembanglah, duit dan jawatan sahaja kan?” Itu reaksi netizen berhubung kesediaan bekas pelakon, Datuk Hans Isaac untuk bertanding merebut jawatan Ketua Cabang Ampang Parti Keadilan Rakyat (PKR) menentang pencabarnya yang juga penyanyi, Altimet.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati ramai yang tidak bersetuju dan tidak kurang juga yang mengkritik serta menuduh Hans hanya mahu merebut pangkat dan jawatan.

“Tak payahlah terjun bidang yang menjahanamkan diri sebab bakal dimakan sumpah, dikutuk, dicaci.

“Lagi sedih keluarga terlibat. Membantu banyak cara. Laungan masuk politik nak bantu rakyat sudah basi. Akhirnya dapat kuasa dan bantu diri sendiri,” komen seorang pengguna Facebook.

Mengulas tentang perkara itu, Hans menegaskan kecaman dan kritikan tidak mematahkan semangat malah dia akan terus fokus dengan usaha membantu penduduk Ampang.

“Kelompok yang mengkritik dan mengecam saya mungkin hanya melihat saya sebagai pelakon. Mereka tidak nampak khidmat masyarakat yang saya gerakkan. Mereka tidak melihat peranan yang saya mainkan ketika menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas) tidak lama dahulu. Ini adalah sisi saya yang tidak dilihat mereka.

“Izinkan saya tekankan bahawa saya bukan orang politik. Saya hanyalah sebahagian daripada akar umbi yang ingin terus berkhidmat untuk masyarakat Ampang.

“Tidak mengapa kalau saya dibuli atau dikecam. Saya tetap akan terus berkhidmat dengan integriti dan kualiti yang saya ada. Jawatan dan pangkat letak tepi. Tidak bermakna apa-apa. Saya mungkin antara calon yang dipilih sebagai ketua cabang, tetapi hakikatnya kami semua sama. Bekerja untuk masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya