Laksana pelan sekuriti makanan negara

Laksana pelan sekuriti makanan negara

Pesawah melihat hasil padi yang telah dituai di Kampung Padang Luar. Alor Setar. Kerajaan perlu segera mewujudkan pelan dan program sekuriti makanan terutama membabitkan barangan keperluan asas dalam negara. -UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan perlu segera mewujudkan pelan dan program sekuriti makanan terutama membabitkan barangan keperluan asas dalam negara.

Usaha itu perlu dipandang serius agar kedaulatan makanan dalam negara terutama barangan keperluan asas untuk rakyat dijamin tidak terputus dan apa yang penting mampu dibeli.

Pengerusi Sekretariat NGO Pemuda UMNO, Muhammad Faiz Hashim berkata, kenaikan harga terutama membabitkan barangan keperluan asas yang sering berulang setiap tahun perlu diberi perhatian serius.

keselamatan makanan
MUHAMMAD FAIZ HASHIM

“Malaysia perlu mengambil contoh Korea Selatan. Walaupun negara perindustrian, akibat kebimbangan ancaman perang Korea Utara, maka sekuriti makanan dalam negara mereka dipertingkat.

“Semua hasil pertanian dan perladangan hanya dimanfaatkan oleh rakyatnya dan tidak dieksport keluar agar rakyatnya tidak kelaparan serta tidak terputus bekalan makanan jika apa-apa musibah atau bencana berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Muhammad Faiz berkata, kerajaan perlu menghentikan segera eksport ayam keluar negara dan fokus untuk kegunaan rakyat Malaysia terlebih dahulu.

“Tanaman untuk pemakanan haiwan seperti tanaman jagung, rumput napier dan lain-lain lagi perlu diperbanyak dan diperhebat agar negara tidak bergantung kepada import makanan haiwan yang tinggi kosnya.

“Latih usahawan muda dan golongan belia berkecimpung dalam pertanian dan berikan peluang yang lebih besar kepada mereka sepertimana usaha kerajaan terdahulu dalam program ‘Pertanian adalah Perniagaan’.

“Kerajaan Malaysia perlu ambil ikhtibar semasa wabak Covid-19 melanda apabila berlaku pembelian panik sehingga roti pun habis di semua kedai,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berkata, sekretariat itu menyambut baik cadangan dan saranan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki agar jihad memerangi kartel ayam mesti segera dilaksanakan. 

“Beberapa mekanisme perlu diteliti dan diambil tindakan segera oleh kerajaan bagi mengekang kewujudan kartel ayam ini yang  bermaharajalela sejak dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya