Kucing dari Pulau Pinang hilang, sesat ditemukan di Putrajaya - Utusan Malaysia

Kucing dari Pulau Pinang hilang, sesat ditemukan di Putrajaya

TANGKAP layar memaparkan keceriaan kucing setelah dibawa balik ke Pulau Pinang selepas tersesat selama sebulan sebelum ditemui di Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Lazimnya, banyak berita unik dari luar negara yang melaporkan kisah kucing sanggup berjalan kaki ribuan kilometer bagi mencari tuannya sendiri setelah berpindah rumah.

Ada mamalia itu yang mengambil masa bertahun-tahun mengembara secara solo bermula ketika usia kecil sehingga sudah peringkat dewasa namun ditemukan selamat pada akhirnya.

Bagaimanapun, lain pula kisah yang menimpa si bulu ‘warga’ Malaysia ini yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Pulau Pinang sebelum ditemukan semula selepas sebulan kemudian.

Berita unik itu disiarkan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Leeza Msi menerusi hantaran dalam akaun sosialnya baru-baru ini dan tular diperkatakan warganet.

“Jangan pergi ke mana sudah, duduk diam-diam dalam rumah kurung dia… Oh sebulan hang (kamu) terlepas pi (pergi) Putrajaya,” tulis beliau dengan memuat naik foto kucing berkenaan.

Difahamkan mamalia comel itu akhirnya ‘dijemput’ balik oleh sahabat beliau yang merupakan pegawai polis dan kebetulan ada urusan di Bukit Aman sebelum ia pulang ke Pulau Pinang.

Beliau bagaimanapun tidak pula menyatakan bagaimana dan di mana kucing itu akhirnya ditemukan selain tidak pula mendedahkan nama, jantina dan usia sebenar haiwan tersebut.

Hantaran tersebut meskipun agak ringkas namun ia menerima reaksi ramai netizen yang geli hati dengan aksi kenakalan kucing itu mampu menjelajah jauh ratusan kilometer dari rumah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya