Kru kapal layar ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Kru kapal layar ditemukan lemas

AHMAD NUR HASSANUDDIN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang kru kapal layar yang hilang dipercayai terjatuh dari bot yang dinaikinya pada Rabu lalu ditemukan mati lemas di perairan Penarak, Kuah di sini, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang menemukan mangsa, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim, 23, di lokasi tersebut pada pukul 7.15 pagi.

“Kita ada menerima makluman daripada orang awam terdapat satu mayat yang ditemukan terapung kira-kira 1.5 batu nautika dari lokasi mangsa dikatakan terjatuh.

“Pihak bomba telah ke lokasi bersama-sama dengan Pasukan Polis Marin untuk membawa balik mangsa ke Jeti Dato’ Syed Omar,” katanya kepada sidang akhbar di sini, hari ini.

NORHAYATI Saad (dua kiri) mengecam mayat anaknya, Ahmad Nur Hassanuddin Ibrahim yang ditemukan lemas di perairan Penarak, Kuah, Langkawi hari ini. – UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN

Shariman memberitahu, ketika ditemui, mayat mangsa masih berpakaian lengkap.

Katanya, pengecaman mayat mangsa juga telah dilakukan oleh ibu mangsa, Norhayati Saad, 60.

Jelasnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini untuk bedah siasat.

“Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Saliza Ahmad berkata, hasil siasatan awal kejadian itu berlaku ketika mangsa menaiki sebuah bot kecil untuk ke kapal layar tempat mangsa bekerja.

“Bagaimanapun mangsa disyaki terjatuh dari bot ketika melintas di belakang feri pengangkutan (RORO) yang melalui kawasan kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya