Kreativiti guru bawa kecemerlangan pendidikan

Kreativiti guru bawa kecemerlangan pendidikan

RADZI Jidin (tengah) bersama penerima Anugerah Guru Apresiasi Festival Guru dan Penyampaian Anugerah Guru sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2022 di UMK Kampus Bachok, Kelantan, hari ini. - FOTO/TOREK SULONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK: Kreativiti guru menjayakan pelbagai inisiatif tambah nilai dalam pendidikan negara adalah sebahagian usaha membina acuan kejayaan murid dalam mengejar penarafan pendidikan bertaraf dunia.

Usaha murni guru terlibat sewajarnya mendapat perhatian untuk diberi pengiktirafan dan anugerah untuk menghargai pengorbanan mereka yang tidak hanya melunaskan tanggungjawab hakiki di bilik darjah malah merentasi sempadan masa demi kejayaan pelajar berasaskan tuntutan semasa.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, kerjasama rakan strategik khususnya sektor korporat yang tampil bekerjasama dengan kementerian menyediakan pelbagai anugerah dan pengiktirafan menyemarakkan lagi usaha guru  membangunkan pelbagai pendekatan pendidikan terbaik.

Menurutnya, ketenangan dan kepuasan adalah hadiah utama bagi guru apabila sesuatu projek yang dibangunkan mereka berjaya membangunkan minda, sahsiah dan kecemerlangan murid kerana mereka melaksanakan tugasan itu secara ikhlas tanpa mengharapkan ganjaran.

“Semalam kita menyaksikan 25 guru mendapat Anugerah Guru Inspirasi McDonalds dan hari ini pula seramai  26 penerima anugerah Hari Guru peringkat kebangsaan  yang melibatkan  Anugerah Ikon, Anugerah Guru Digital, Anugerah Guru Cemerlang, Anugerah Guru Inovatif, Anugerah Khas Pendidikan dan lain-lain hasil pengorbanan guru yang tidak hanya beraksi di ruang bilik darjah.

“Sokongan rakan strategik Kementerian Pendidikan ini adalah sebahagian ganjaran di mana kejayaan yang dicapai itu perlu disebarkan ke seluruh sekolah lain untuk dicontohi dan dipraktikkan,” katanya ketika berucap merasmikan Apresiasi Festival Guru dan Penyampaian Anugerah Guru sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan 2022 di Dewan Tengku Canselor, Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok, di sini hari ini.

Antara penaja utama yang menyediakan sumbangan hadiah berupa plak, sijil kecemerlangan guru dan wang tunai antara RM3,000 hingga RM15,000 Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Nestle Milo  Malaysia Berhad dan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Turut menerima sebuah kereta Perodua Myvi ialah pemenang hadiah cabutan bertuah aspirasi adalah pencarum seumur hidup YGMB, Nuraizila Mohd. Radi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Chembong Rembau, Negeri Sembilan.

Hadir sama, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Nor Zamani Abdol Hamid dan Pengerusi YGMB, Aminudin Adam.

Tambah Radzi,  penghayatan guru membina identiti dan kepandaian pewaris negara akan membolehkan generasi akan datang berdaya maju dan mampu bersaing di peringkat global.

“Perkongsian kejayaan dan ilmu guru cemerlang ini amat perlu untuk merealisasikan keupayaan guru lain di seluruh negara agar merentasi kurikulum,” ujarnya.

“Dalam kontek pendidikan kita tidak bersaing kejayaan di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tetapi perlu menggapai kejayaan di perinkat dunia yang menuntut kreativiti guru berfikir di luar kotak,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN