KPWKM, D1 bangunkan Indeks Perkembangan Kanak-kanak

KPWKM, D11 bangunkan Indeks Perkembangan Kanak-kanak

RINA MOHD HARUN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman sedang membangunkan Indeks Perkembangan Kanak-kanak atau National Child Development Index (CDI).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam sesi libat urus dan kolaborasi bersama D1 bagi memantapkan urusan keselamatan serta kesejahteraan kanak-kanak dan wanita di Malaysia, semalam. 

Beliau berkata, CDI itu sedang dibangunkan untuk menilai sejauh mana tahap perkembangan hidup kanak-kanak di Malaysia bagi membantu kerajaan untuk membentuk strategi yang lebih efektif dan program yang tepat kepada sasarannya.  

“Indikator yang akan dibangunkan ini sesuai dengan umur kanak-kanak serta menangani isu yang seringkali dihadapi seperti perkahwinan bawah umur, buruh kanak-kanak serta keganasan terhadap kanak-kanak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. 

Terdahulu, Rina berkata, perbincangan dimulakan dengan pembentangan Modus Operandi terkini Nur Alert dan statistik semasa berkaitan kanak-kanak hilang. 

“Syabas atas kecepakan PDRM apabila banyak kes kanak-kanak hilang berjaya ditemui,” ujarnya. 

Beliau menambah, dalam pertemuan itu, pihaknya memaklumkan telah menubuhkan Jawatankuasa Bersepadu Pengurusan Isu-Isu Sosial Kanak-Kanak Di Media Sosial yang bermatlamat  untuk menggembleng tenaga pakar dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berkepentingan supaya memastikan keselamatan kanak-kanak di media sosial terpelihara.  

Katanya, jawatankuasa itu merupakan platform untuk memantapkan usaha kerajaan bagi membanteras jenayah seksual kanak-kanak di media sosial dengan penganjuran kempen dan program advokasi.

“Penggubalan Dasar Kanak-kanak Negara bagi menggantikan dasar-dasar sedia ada yang berkaitan dengan kanak-kanak juga kini sedang dilaksanakan yang turut melibatkan kerjasama UNICEF, agensi-agensi kerajaan Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO)  dan aktivitis (NGI) dalam memberi input berkaitan kanak-kanak.

“Terima kasih kepada PDRM yang turut sedia bekerjasama dalam urusan Penggubalan Dasar Kanak-Kanak Negara,” katanya. 

Jelas beliau, dalam pertemuan itu juga, PDRM menyatakan kesediaan untuk memperkasakan peranan Skuad Anti Jenayah (Skuad Waja) dengan melatih mereka menerusi modul dan silibus berkaitan yang membolehkan Skud Waja menjadi jawatankuasa khas bertindak (task force) diperingkat pusat. 

“Saya yakin idea ini amat baik dalam memperkasakan peranan Skuad Waja yang berperanan sebagai agen anti jenayah dalam komuniti bagi menangani isu-isu berkaitan keganasan terhadap wanita.

“PDRM juga akan memperluas kerjasama dengan KPWKM bersama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti yang mempunyai peranan seiring dengan Skuad Waja,” jelasnya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya