Kontrak 2,683 guru CoS 2020 dilanjut

Kontrak 2,683 guru CoS 2020 dilanjut

RADZI Jidin selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3), Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) bersetuju melantik semula secara kontrak seramai 2,683 guru lantikan kontrak (CoS) tahun 2020. 

Mereka dilantik semula secara kontrak selepas tempoh lantikan mereka tamat pada 9 Jun ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, keputusan lanjutan kontrak itu dibuat selepas menerima maklum balas SPP, semalam. 

Beliau berkata, lanjutan kontrak itu dibuat bagi membolehkan urusan temuduga dan lantikan tetap sebagai guru di bawah SPP dapat dilaksanakan. 

“Guru kontrak COS 2020 diminta jangan risau kerana SPP sudah memberi maklum balas mengenai perkara itu. 

“KPM akan berikhtiar sehabis baik dalam mencari penyelesaian terbaik berhubung kedudukan kumpulan guru CoS ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(3), di sini hari ini. 

Bagi status guru CoS secara one-off 2021 pula, Radzi berkata, keputusan temuduga bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 sudah diumumkan oleh SPP semalam.

Katanya, calon boleh menyemak keputusan temuduga melalui portal SPP di pautan www.spp.gov.my dan urusan penempatan calon yang berjaya dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan. 

Sebelum ini, Radzi memaklumkan, guru CoS 2020 akan diserap sebagai guru tetap menerusi kuota pengambilan khas guru secara one-off.

Guru kontrak ambilan Jun 2020 itu kebanyakannya adalah dalam bidang Sejarah, Pendidikan Jasmani, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya