Kongsi pentas dengan bapa, Adam Eiman gemuruh - Utusan Malaysia

Kongsi pentas dengan bapa, Adam Eiman gemuruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Komposer dan penulis lirik, Adam Eiman mengakui dirinya lebih gemuruh menyanyikan lagu sendiri berbanding berduet bersama bapanya, Datuk Hattan pada konsert Hattan 35 Years Journey yang berlangsung  4 dan 5 Jun depan.

Kata Adam, dia tidak bermasalah untuk berkongsi pentas dengan bapanya memandangkan pernah melakukan perkara yang sama sebelum ini.

“Saya rasa saya akan lebih gemuruh bila berada di pentas seorang diri dan nyanyi lagu sendiri. Lagu yang akan saya nyanyikan nanti, Takdir merupakan lagu baru. Belum pernah lagi dibawa di atas pentas.

“Tetapi saya selesa menyanyi bersama ayah. Kami serasi di atas pentas. Sebelum ini juga kami pernah nyanyi bersama.

“Ayah orang lama. Mahir kawal penonton. Saya tak boleh buat apa yang dia boleh buat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sebanyak 28 lagu bakal dipersembahkan pada konsert yang akan diadakan di Dewan Planery, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu.

Manakala Adam pula akan berduet bersama ayahnya untuk lagu Gadis Jolobu dan bakal membuat persembahan solo, mendedangkan lagu Takdir secara eksklusif.

Tiket boleh dibeli di laman web https://ilassotickets.com/event/hattan-35-years-journey/ pada harga RM188 (upper tier), RM388 (silver), RM488 (gold), RM788 (diamond) dan RM988 (platinum).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya