Kokurikulum sekolah rendah perlu dirombak

Kokurikulum sekolah rendah perlu dirombak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING: Pendidikan sekolah rendah perlu dirombak kerana kokurikulum yang wujud selama ini merupakan kerangka lama sejak 1970 dan tidak memberi kepelbagaian aspek pembelajaran dalam kelas.

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Anuar Ahmad berkata, kaedah sedia ada kini sangat membosankan apabila murid merasakan kerangka digunakan agar jauh dan berbeza dengan suasana masing-masing.

Katanya, malah aspek kokurikulum hari ini dilihat sangat kaku dan tidak memberikan ruang kepada murid untuk merasai suasana sekeliling masing-masing.

“Misalnya apabila kita menceritakan suasana lapangan terbang, mungkin murid di luar bandar tidak pernah melihat kawasan itu berbanding murid di bandar. Jadi mereka sukar menceritakan pengalaman itu.

“Maka pengamatan dan pembelajaran akhirnya jadi sangat membosankan dan sekali gus menyebabkan murid merasakan agak jauh dalam pelajar mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu Ahmad menjelaskan, aspek kokurikulum sekolah rendah perlu dirombak dengan memberikan kepelbagaian untuk belajar tanpa menambah subjek mata pelajaran.

“Kementerian Pendidikan wajar beri peluang kepada guru untuk merangka kurikulum berdasarkan pengalaman dan memberi makna kepada pelajar.

“Jadi rombakan ini perlu dilakukan terhadap kokurikulum sekolah rendah melibatkan tahap satu untuk darjah satu hingga tiga dan tahap dua pula membabitkan darjah empat hingga enam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN