PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) meramalkan hujan lebat di Kuala Lumpur, Selangor dan beberapa tempat lagi sehingga pukul 9 malam ini.
Menurut Met Malaysia, selain Kuala Lumpur dan Selangor, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di jangka berlaku di kebanyakan tempat di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu); Perak (Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang dan Muallim); Kelantan (Jeli dan Pasir Puteh); Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Dungun dan Kemaman); Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin).
“Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat); Kuala Lumpur; Negeri Sembilan (Seremban); Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Limbang (Lawas) dan Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid, Kinabatangan dan Beluran) dan Kudat (Kota Marudu dan Pitas),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah Met Malaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” jelasnya. – UTUSAN