Khuatir hidupan sungai pupus

Gangguan elektrik: Imej Pulau Perhentian terjejas

KEMASUKAN pelancong ke Pulau Perhentian Kecil melebihi 130 peratus pada musim perayaan Aidilfitri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PADANG BESAR: Masalah pen­cemaran Sungai Ngulang di si­ni sehingga menyebabkan air bertukar hitam dikhuatiri me­ngancam serta mengundang ke­pupusan hidupan di sungai berkenaan.
Malah, jika tindakan sete­gasnya tidak diambil terhadap kilang yang didakwa sebagai punca pencemaran tersebut, masalah berkenaan yang dikatakan sudah berlarutan sejak 20 tahun itu akan terus berulang.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penduduk, Zai­nol Man,65, berkata, sejak kewujudan kilang terbabit lebih 20 tahun lalu, masalah air su­ngai bertukar hitam itu boleh dikatakan berlaku dua kali se­minggu.

Namun, katanya, sejak kilang berkenaan diarahkan memberhentikan operasi difahamkan tahun lalu, keadaan kembali pulih sebelum berlaku semula sejak minggu lalu di mana situasi lebih teruk sehingga menyebabkan ratusan ikan mati.

Dia yang membesar di kampung tersebut memaklumkan, sungai berkenaan sebelum ini sangat jernih dan kaya dengan hidupan sungai yang turut menjadi sumber kepada penduduk.

Ujarnya, selepas masalah pencemaran itu berlaku, hidupan sungai semakin berkurangan, malah, udang padang yang ba­nyak di sungai juga sudah pupus.

“Sungai ini kaya dengan hidupan air tawar seperti ikan lampam, talapia, haruan, puyu dan pelbagai lagi. Dahulu, di sini udang padang juga sangat banyak, namun, sejak masalah air sungai sering

kali bertukar hitam itu berlarutan, udang padang di sini sudah lama dah pupus.

“Selepas kilang berkenaan diarahkan memberhentikan ope­rasi tahun lalu, keadaan dilihat semakin pulih dengan ikan dilihat kembali banyak. Namun, minggu lalu sehingga semalam, air kembali bertukar hitam,” katanya.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan, masalah air sungai Ngulang bertukar hitam dengan ratusan ikan ditemukan mati sejak minggu lalu disyaki berpunca daripada premis perindustrian di Bukit Keteri di sini yang beroperasi tanpa menjalankan Sistem Pengolahan Efluen Perindustrian (SPEP) dengan sepenuhnya.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Mohamad Fitri Said dilaporkan berkata, tindakan telah diambil dengan me­ngarahkan premis itu menghentikan operasi pengeluaran serta-merta.

 

Tegas Mohamad Fitri, proses pengeluaran sisa tersebut hanya boleh dijalankan apabila SPEP bersedia digunakan bagi me­rawat efluen perindustrian yang dihasilkan.

Sementara itu, Utusan Malaysia yang melakukan tinjauan di sungai tersebut semalam mendapati keadaan air kembali se­perti biasa berikutan hujan lebat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya