PETALING JAYA: Sebanyak 2,373 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 29,762 kes.
Menurut laman Covid Now, daripada jumlah tersebut, 28,425 individu atau 95.5 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 29 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Selain itu, 1,261 atau 2.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 47 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Enam kes kematian juga dilaporkan semalam dengan satu daripadanya merupakan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID). – UTUSAN