Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger peras ugut dicabar

Keputusan lepas tanpa bebas Long Tiger peras ugut dicabar

GAMBAR fail Long Tiger ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak pada 20 Januari lalu bagi pertuduhan melarikan diri daripada tahanan di Tangkak, dekat sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 1 Jun ini sebagai tarikh untuk keputusan permohonan semakan kehakiman pihak pendakwaan terhadap perintah pelepasan bukan pembebasan kes peras ugut melibatkan Long Tiger.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar penghujahan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes itu.

Prosiding tanpa kehadiran Long Tiger atas faktor keselamatan itu diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syafiq Mohd. Ghazali, Muhammad Qaiyyum Ramlan dan Nor Syamilah Jalaluddin.

Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab. Hamid diwakili peguam Datuk Shaharudin Ali dan Azfar Azmi.

Pada 17 Mei lalu, Mahkamah Majistret Tangkak memberikan perintah pelepasan bukan pembebasan terhadap Long Tiger yang menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Majistret Zaridah Abdul Jaapar membuat perintah itu selepas kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan membuat hujahan lisan ekoran kematian mengejut saksi utama pendakwaan, Luqman Hakeem Othman pada pertengahan perbicaraan.

Pada 20 Januari lalu pula, Long Tiger dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan oleh Mahkamah Majistret Tangkak kerana melarikan diri daripada tahanan mahkamah itu kira-kira pukul 11.55 pagi, pada 15 Disember 2021.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau keduanya sekali.

Lelaki berketurunan Rohingya itu juga kini berdepan perbicaraan bagi kes di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah dan ugutan bunuh.

Long Tiger juga masih berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 kanun sama kerana merogol di Mahkamah Muar.

Terdahulu di Mahkamah Majistret Tangkak pagi ini, Zaridah menolak permohonan peguam untuk turut melepaskan tanpa membebaskan Long Tiger bagi pertuduhan di bawah Seksyen 506 dan Seksyen 342.

Permohonan dibuat pembelaan itu susulan kematian saksi pendakwaan utama yang sama seperti kes di bawah Seksyen 388 yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya pada 23 Mac lalu di Tangkak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya