Keputusan Kabinet tidak bermakna tanpa penguatkuasaan - Nazir

Keputusan Kabinet tidak bermakna tanpa penguatkuasaan – Nazir

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa menyambut baik keputusan Kabinet untuk mengharamkan eksport ayam mulai bulan Jun 2022 sehingga bekalan ayam untuk pasaran tempatan kembali pulih. 

Ketua Pemudanya, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata, pengharaman eksport itu dijangka membolehkan kekurangan bekalan ayam di pasaran tempatan dipulihkan berikutan setiap bulan negara mengeksport sekitar 3.6 juta ekor ayam ke luar negara. 

Katanya, sudah tentu kerajaan akan dikritik oleh pengeksport ayam yang mengaut keuntungan lebih baik di pasaran luar negara berbanding pasaran tempatan, namun kerajaan tiada pilihan dan harus mengutamakan kepentingan rakyat. 

“Kebimbangan Pemuda UMNO bahagian Titiwangsa ialah keputusan Kabinet ini akan gagal menyelesaikan bekalan ayam sekiranya pemantauan dan penguatkuasaan di bahagian sempadan tidak diperketatkan. 

“Dengan pengharaman eksport ayam ini tidak mustahil kartel-kartel ayam akan mencari ‘jalan belakang’ untuk menjualnya ke luar negara. Ini sekaligus akan menyebabkan keputusan kabinet tidak memberi kesan yang mendalam kepada pasaran tempatan.

“Kita sering mendengar kisah minyak masak diseludup ke negara jiran dan beras di seludup ke negara ini. Tidak mustahil selepas ini kisah seludup ayam pula akan berkumandang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru Nazir Husin menggesa pihak penguatkuasa di peringkat kementerian, sempadan dan pelabuhan harus bekerja keras memastikan keputusan Kabinet itu dikuat kuasa dengan sepenuhnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya