Kepala budak tersangkut jeriji pintu dapur

Kepala budak tersangkut jeriji pintu dapur

PASUKAN bomba membantu mengeluarkan kepala seorang kanak-kanak yang tersangkut di jeriji pintu dapur rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEORANG kanak-kanak lelaki berdepan detik cemas selepas kepalanya tersangkut di jeriji pintu dapur rumahnya di Taman Krubong Jaya, Melaka, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu, kanak-kanak berusia setahun enam bulan berkenaan diselamatkan dengan bantuan pasukan bomba yang mengambil masa 13 minit untuk mengeluarkannya.

Difahamkan, kejadian tersebut disedari bapa mangsa selepas mendengar anaknya meraung dan menangis akibat panik.

Bapa kanak-kanak itu kemudian cuba mengurangkan kesakitan anaknya dengan menahan kepala mangsa menggunakan tangan sehingga pasukan bomba tiba.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan menangis kerana ketakutan serta panik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya