Kenaikan OPR tidak jejas CBP

Kenaikan OPR tidak jejas CBP

KHAIRIL Anuar Mohammad Anuar (berbaju kelabu berdiri) beramah mesra bersama tetamu pada Rumah Terbuka Aidilfitri Co-op Bank Pertama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Coop Bank Pertama (CBP) melihat Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus baru-baru ini dijangka tidak akan memberi kesan negatif ke atas pelanggan individu dan koperasi perbankan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, ini berikutan institusi kewangan itu mengambil langkah berhati-hati dalam usaha menyokong ekonomi negara biarpun ketika tempoh sukar akibat pandemik Covus-19 tanpa mengenepikan kepentingan pelanggan.

“OPR mengambil kira daripada keadaan ekonomi yang sedang pulih dan aspek daripada sudut simpanan.

“CBP tetap menekankan kepentingan dalam memberi pulangan balik kepada pelanggan dan selari dengan keperluan kenaikan OPR yang diumumkan Bank Negara.

“Pada pandangan saya, kenaikan peratusan komitmen dikenakan berdasarkan kemampuan pelanggan untuk membayar dan jumlahnya agak relevan dan rendah untuk ditanggung pelanggan baik individu atau koperasi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri CBP 2022 hari ini yang turut di hadiri Menteri Pembangungan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi, Zazali Haron.

Menyentuh tentang produk perkhidmatan ditawarkan CBP, Khairil Anuar berkata, terdapat dua kategori iaitu baharu dan tambahan bagi sedia ada.

“Sebagai contoh bagi produk sedia ada, untuk pinjaman perumahan CBP sudah menjalinkan kerjasama dengan hampir 10 peneraju perumahan terkemuka bahkan menambah beberapa lagi bagi memberikan perkhidmatan pinjaman.

“Sementara itu, bagi produk baharu pula kami masih dalam perancangan untuk memastikan perkhidmatan ditawarkan adalah terbaik selain mementingkan kebajikan pelanggan sedia ada dan bakal pelanggan.

“Kempen Raya 2 Raya CBP bermula April hingga Disember 2022, juga diperluaskan secara holistik dengan meliputi semua produk CBP antaranya produk perbankan runcit, produk koperasi, dan produk perkhidmatan yang lain,” katanya.

Katanya, CBP berterima kasih kepada pelanggan yang sentiasa menyokong institusi kewangan itu selama lebih 70 dekad penubuhannya.

“CBP juga kini dalam perancangan untuk melebarkan lagi produk pembiayaan yang diperlukan oleh masyarakat.

“Kini, kami merancang untuk mempelbagaikan lagi produk pembiayaan patuh syariah seperti pembiayaan sewa beli, pembiayaan mikro dan pelbagai lagi yang akan meluaskan lagi pasaran kita.

“Pastinya, dengan kepelbagaian produk pembiayaan ini, ianya akan meluaskan pasaran kita untuk bersaing secara sihat dengan institusi perbankan yang lain,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya