Kementerian Pendidikan pantau jangkitan HFMD di Sabah

Kementerian Pendidikan pantau jangkitan HFMD di Sabah

MOHAMAD ALAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kementerian Pendidikan akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi memantau jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di sekolah.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya memberi perhatian serius terhadap jangkitan HFMD yang semakin meningkat pada masa ini.

Beliau bekata, pihaknya akan terus mendapatkan nasihat KKM bagi memastikan tidak berlaku penularan jangkitan HFMD yang serius di sekolah-sekolah seluruh negara.

“Saya juga bimbang apabila melihat lebih 3,000 kes jangkitan HFMD dilaporkan di Sabah pada masa ini.

“Kes ini dikira agak banyak namun, saya yakin KKM sudah bersedia untuk menangani situasi ini dengan mengambil langkah dan tindakan pencegahan yang perlu,” katanya selepas Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Jabatan Pendidikan Negeri Sabah hari ini.

Mohamad berkata, sekiranya berlaku penularan jangkitan HFMD di sekolah, kementeriannya akan mendapatkan pandangan KKM untuk memutuskan sama ada jangkitan itu serius atau tidak.

Keperluan menutup sekolah juga bergantung kepada penilaian KKM. Apa sahaja pandangan KKM akan diterima kerana itu adalah bidang kuasa mereka.

Jelas beliau, kementerian itu tidak boleh bertindak menutup sekolah tanpa mengambil kira penilaian dan pandangan daripada Kementerian Kesihatan.

Menurut beliau, ibu bapa dan semua pentadbir sekolah perlu mengambil perhatian tentang isu jangkitan HFMD ini terutama dalam menjaga kebersihan bilik darjah.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya