Keluarga mualaf gembira sambut raya di rumah baharu - Utusan Malaysia

Keluarga mualaf gembira sambut raya di rumah baharu

KELUARGA Azman Tamilselvan Abdullah ceria menyambut hari raya di rumah sumbangan Maik di Kampung Tanah Putih, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Sebuah keluarga mualaf ceria menyambut Aidilfitri di rumah baharu di Kampung Tanah Putih di sini, yang disumbangkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Sebelum ini, Azman Tamilselvan Abdullah, 42, bersama isteri, Aisyah Chang Abdullah, 39, dan enam anak berusia antara lima hingga 20 tahun merayakan Aidilfitri secara ala kadar di rumah sewa dan sering berpindah-randah.

Azman berkata, tahun ini sambutan hari raya keluarganya juga lebih meriah selepas kerajaan memberikan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 selain dapat beraya bersama jiran tetangga.

“Sambutan tahun ini disambut secara sederhana saja, tetapi lebih baik kerana sebelum ini kerana kami tinggal di rumah sewa yang kurang selesa,” katanya ketika ditemui di rumahnya di perumahan Maik di Kampung Tanah Putih di sini semalam.

Sementara itu, Aisyah berkata, dia dan suami bersyukur kerana tahun ini merupakan kali kelapan beraya selepas memeluk agama Islam pada 2014.

Katanya, mereka dapat merasakan amalan menyambut hari raya merapatkan silaturahim dengan jiran tetangga tanpa mengira kaum dan agama.

“Dulu kami memang rasa perit jika hendak berpuasa selepas memeluk agama Islam.

“Namun, dengan galakan serta sokongan jiran dan rakan kami berjaya melaluinya. Kini setiap tahun kami ternanti-nanti Ramadan dan sambutan hari raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya