Kejayaan Cikgu Khalifa cetus semangat baharu

Kejayaan Cikgu Khalifa cetus semangat baharu

Cikgu Khalifa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan guru Kolej Vokasional Keningau Sabah, Khalifa Affnan dinobatkan sebagai pemenang global Anugerah Guru Berdedikasi Cambridge 2022 mencetus semangat baharu dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).

Istana Negara memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan harapan agar pencapaian cemerlang itu menjadi suntikan semangat kepada Khalifa dan rakyat agar terus bekerja keras dan sukses di masa hadapan dalam bidang masing-masing.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sukacita dan bangga di atas kejayaan beliau yang sekali gus mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

“Seri Paduka Baginda berdua menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada Khalifa dan mendoakan semoga beliau dilimpahi kecemerlangan berterusan,” kata Facebook Istana Negara hari ini.

Khalifa telah melakar sejarah negara setelah muncul guru Malaysia pertama terpilih merangkul anugerah berkenaan dan juga terdahulu di peringkat serantau di atas pencapaiannya dalam mencetuskan satu projek STEM.

Beliau dinobatkan sebagai pemenang selepas menewaskan 7,000 peserta lain dari 113 negara.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Khalifa atas kejayaan itu sekali gus menjadi  guru pertama di rantau ini yang dinobatkan anugerah berkenaan.

“Seluruh Keluarga Malaysia berbangga dengan kejayaan Cikgu Khalifa ini yang mengharumkan nama Malaysia dalam bidang perguruan di peringkat antarabangsa.

“Pencapaian beliau dalam mencetuskan satu projek STEM ini perlu dijadikan penyuntik semangat Keluarga Malaysia lain untuk berusaha keras menempa kejayaan dalam bidang masing-masing,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya