KLANG: Kementerian Dalam Negeri (KDN) terus mempergiat usaha memburu 60 pelarian Rohingya yang meloloskan diri dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau, Sungai Bakap, Kedah.
Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, pihaknya terutama Jabatan Imigresen terus menjalankan operasi dan serbuan di seluruh negara.
“Saya ingin menegaskan bahawa operasi memburu 60 warga asing yang lolos itu diteruskan. Kita akan membuat serbuan secara besar-besaran itu sehingga tertangkapnya semua mereka,” katanya selepas menyertai operasi penguatkuasaan khas di Pasar Besar Meru di sini, malam tadi.
Pada 20 April lalu, seramai 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan itu selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang.
Kejadian pukul 4.30 pagi itu mengakibatkan enam daripada mereka maut kemalangan ketika cuba melintas di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Jawi, Pulau Pinang. – UTUSAN