Kanak-kanak tiga tahun hilang dipercayai terjatuh dari rumah rakit

Kanak-kanak tiga tahun hilang dipercayai terjatuh dari rumah rakit

SITI NUR ATHHIYA SOFEA Muhammad Sukri (kiri) yang berusia tiga tahun empat bulan dikhuatiri terjatuh dalam sungai dari rumah rakit di Bukit Rangin di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh dari rumah rakit di Bukit Rangin di sini, awal pagi ini.

Mangsa, Siti Nur Athhiya Sofea Muhammad Sukri, disedari hilang oleh ahli keluarganya kira-kira pukul 11.15 malam. 

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Zahari Wan Busu berkata, laporan tentang kehilangan mangsa dibuat pukul 12.30 pagi ini.

“Laporan dibuat bapa mangsa, Muhammad Sukri Ali, 50, yang juga pengusaha rumah rakit berkenaan.

“Pengadu mempunyai dua buah rumah rakit di Sungai Bukit Rangin dihubungkan dengan jambatan kecil yang diperbuat daripada kayu dan kali terakhir  mangsa dilihat pada pukul 11 malam. Namun, mangsa menyedari kehilangan anaknya itu sekitar pukul 11.15 malam dan cuba mencarinya di sekitar rumah rakit itu, namun gagal,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Zahari berkata, ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak itu sedang menganjurkan majlis sambutan hari raya dan dihadiri kenalan terdekat di rumah rakit berkenaan.

Jelasnya, ketika kejadian, kanak-kanak itu  memakai baju kurung berwarna merah sebelum disedari hilang. 

“Dalam pada itu, bapa mangsa memaklumkan dia tidak mempunyai masalah dengan mana-mana pihak dan usaha mengesan mangsa sedang giat dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pukul 3.23 pagi. 

Katanya, seramai tujuh anggota termasuk  pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota dikejarkan ke lokasi. 

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan sejak awal pagi tadi dan setakat ini, mangsa belum ditemukan. Operasi SAR dilakukan menggunakan bot milik orang awam dan anggota penyelamat turut mengesan mangsa di sepanjang tebing sungai serta sekitar rumah rakit itu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya