Kamarul Zaman dilantik kerana pengalaman, kepakaran - PM

Kamarul Zaman dilantik kerana pengalaman, kepakaran – PM

KMAMARUL ZAMAN YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan pelantikan Dr. Kamarul Zaman Yusoff sebagai pegawai khasnya kerana pengalaman dan kepakaran penganalisis politik itu.

Ismail Sabri berkata, tidak timbul isu perbezaan pegangan politik dan lain-lain kerana pemilihan Kamarul Zaman adalah kerana kelayakan dimiliki.

“Saya percaya dia boleh melaksanakan (tugasan) itu, tidak timbul isu dia parti lain kerana saya memilih orang yang saya fikir layak.

“Kalau parti lain memikirkan sebaliknya, tidak bermakna saya ikut kata mereka kerana kita telah buat penilaian dan dia layak,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Terengganu, di sini hari ini.

Pelantikan  Kamarul Zaman itu mula diketahui selepas Pejabat Perdana Menteri merujuknya sebagai pegawai khas media sosial bagi mempromosikan program Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO berkata, parti itu belum mengadakan mesyuarat bagi menentukan status hubungan Muafakat Nasional (MN) dengan Pas.

“Memandangkan belum ada mesyuarat lagi jadi saya tidak boleh memberikan jawapan mengenainya,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya