nasi ayam

Jual 500 nasi ayam sehari dalam tempoh empat jam

JAMALIAH Ismail menyediakan sambal nasi ayam di Mari's Buffet Cafe di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Lebih 500 pek nasi ayam terjual setiap hari di Mari’s Buffet Cafe di pusat bandaraya ini hanya dalam tempoh empat jam dijual bermula pukul 11 pagi.

Pengarah Pengurusan Mari’s Buffet Cafe, Jamaliah Ismail berkata, walaupun dijual dengan harga RM9.90 satu pek, namun ia tetap mendapat sambutan menggalakkan pada setiap hari. 

Jelasnya, nasi ayam Mari’s Buffet terletak kepada kelazatannya yang pasti memberi igauan buat setiap pelanggan setelah menikmati makanan tersebut. 

“Nasi ayam ini dihasilkan menggunakan ayam segar dan bahan-bahan yang bermutu tinggi bagi memastikan rasanya enak dan memukau selera. 

“Isi ayam yang lembut dan secukup rasa membuatkan ramai pelanggan menggemarinya. Nasinya juga lembut dan tidak tawar, bila dimakan bersama sup dan sambal memang berganda kelazatannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jamaliah berkata, walaupun baharu diperkenalkan awal bulan ini, namun nasi ayam Mari’s Buffet telah pun dikenali dalam kalangan penggemar makanan tersebut khususnya di daerah ini. 

“Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelanggan Mari’s Buffet kerana merekalah yang membantu kami mempromosi makanan di cafe kami. 

“Kami hanya menghidangkan menu yang berkualiti dan bertaraf lima bintang demi kepuasan pelanggan yang berkunjung ke Mari’s Buffet Cafe,” katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, Mari’s Buffet Cafe yang beroperasi bermula pukul 11 pagi hingga 11 malam itu hanya menyediakan juadah secara buffet. 

“Kami menyediakan lunch bufet yang antara menunya adalah nasi ayam. Selepas itu pada waktu petang hi-tea dengan kuih-muih tradisional dan makanan Melayu.

“Pada waktu malam dinner kami menyediakan bufet steamboat untuk dinikmati seisi keluarga dan menu istimewa kami pada hujung minggu makanan laut BBQ yang enak dan menyelerakan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya