JPJ pandang serius kemalangan di Kuala Kangsar - Utusan Malaysia

JPJ pandang serius kemalangan di Kuala Kangsar

terowong menora
KEBARAKAN kereta dan treler muatan besi yang mengorbankan lima individu di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Terowong Menora di Kuala Kangsar hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memandang serius kemalangan membabitkan sebuah kereta dan dua treler di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara awal pagi semalam yang meragut nyawa lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

JPJ dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang ketidakpatuhan mana-mana pengendali kenderaan perdagangan.

Hasil semakan dalam pengkalan sistem mySIKAP JPJ mendapati, pemandu treler terbabit mempunyai lapan rekod kesalahan yang telah selesai dan satu rekod kesalahan masih aktif dengan 12 mata demerit di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara).

Katanya, jumlah mata demerit yang dikumpul akan memberi kesan kepada penggantungan atau pembatalan lesen memandu.

Menurut kenyataan itu, tindakan siasatan di bawah audit Tataamalan Industri Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Bagi Aktiviti Pengangkutan Jalan 2010 (icOP) bersama-sama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sedang dilaksanakan untuk menentukan bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil.

TIMBALAN Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid (kanan) menenangkan seorang ahli keluarga pelajar USAS yang maut dalam kemalangan awal pagi semalam di Hotel Casuarina Kuala Kangsar hari ini. – UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

“Justeru, sekiranya hasil siasatan daripada icOP mendapati pemandu dan pengendali gagal mematuhi syarat dan permit perkhidmatan oleh APAD dan JPJ, permit dan lesen pengendali boleh digantung atau dibatalkan berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

“Tindakan penggantungan lesen memandu boleh diambil oleh JPJ berdasarkan peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 sekiranya pemandu dituduh di mahkamah,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pihak pengurusan tertinggi dan seluruh warga kerja JPJ menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa nahas.

Dalam kemalangan awal pagi semalam, lima pelajar USAS maut selepas terlibat dalam kejadian kemalangan di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan di sini.

Mangsa ialah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21; Iqbal Hasnun Halimi, 23; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Dalam kejadian sekitar pukul 12.52 pagi itu, semua mangsa rentung setelah kereta jenis Honda City dinaiki mereka terbakar selepas terlibat kemalangan membabitkan treler membawa muatan mozek dan besi pagar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya