Jangkitan HFMD di Pulau Pinang bertambah 347 kes

Jangkitan HFMD di Pulau Pinang bertambah 347 kes 

DR. NORLELA Ariffin (dua dari kanan) pada Mesyuarat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang bersama Jawatankuasa Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0, Institut Landskap Arkitek dan Persatuan Arkitek Malaysia di IADA, Butterworth, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sebanyak 347 lagi kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di Pulau Pinang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 1,306 kes setakat 14 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr. Norlela Ariffin berkata, peningkatan jumlah tersebut dilaporkan meningkat pada Minggu Epid 19 berbanding minggu sebelumnya iaitu 959 kes yang dicatatkan.

“Meskipun Pulau Pinang mencatatkan angka kes pada tangga 10 negeri tertinggi,  ia bukanlah satu jumlah yang patut kita abaikan.

“Ini kerana peningkatan sebanyak 347 kes dalam seminggu kebelakangan ini dilihat membimbangkan,” katanya selepas Mesyuarat Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Pulau Pinang bersama Jawatankuasa Pesta Padi Antarabangsa Pulau Pinang 4.0, Institut Landskap Arkitek dan Persatuan Arkitek Malaysia, di sini hari ini.

Katanya, pelbagai pihak termasuk sekolah, pengusaha dan penyelia taska, tadika, tabika dan prasekolah serta ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memastikan kesedaran terhadap penyakit berjangkit itu dapat dibendung secara keseluruhannya.

“Banyak usaha yang dijalankan  Kementerian Kesihatan (KKM) antaranya mengadakan sesi taklimat kepada pengusaha dan penyelia taska, tadika, tabika dan prasekolah sama ada melalui webinar mahupun sesi ‘townhall’.

“Ini bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan penyakit HFMD dan status penularannya di kawasan setempat.

“Apa-apa pun berbalik kepada penjagaan kesihatan diri yang mana setiap individu terutama ibu bapa yang mempunyai anak kecil untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada bagi mengurangkan risiko penularan HFMD dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Norlela berkata, setakat semalam sebanyak 51.1 peratus kanak-kanak di Pulau Pinang telah menerima vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids). – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya