Jangkitan Covid-19 dijangka meningkat lepas Aidilfitri - Utusan Malaysia

Jangkitan Covid-19 dijangka meningkat lepas Aidilfitri

NOOR Hisham Abdullah menyampaikan sumbangan kepada pesakit pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kes positif Covid-19 dijangka meningkat selepas Hari Raya Aidilfitri tetapi mungkin melibatkan jangkitan kategori satu dan dua.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pemerhatian dalam tempoh dua bulan ini menunjukkan, kebanyakan kes Covid-19 adalah kategori satu dan dua dengan 99.5 peratus, malah pengurangan turut melibatkan kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selain itu, penggunaan bantuan alat pernafasan dan kematian turut semakin berkurang iaitu satu angka sahaja.

“Pada masa sama, kita lihat lebihan kematian iaitu pada 2020 dan enam bulan 2021 amat rendah kalau dibandingkan sebelum pandemik.

“Kita dapati Julai dan Ogos ada lonjakan lebihan kematian, namun dengan liputan vaksinasi tinggi iaitu Surge Capacity Lembah Klang berjaya menurukan kes kematian pada Ogos, September dan bulan seterusnya,” katanya pada Majlis Sambutan 1 Syawal Hospital Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, liputan vaksin dewasa terkini melebihi 99 peratus, untuk remaja pula 92 peratus manakala, bagi dos penggalak mencecah hampir 70 peratus.

“Ini beri keyakinan untuk membuka semua sektor kembali seolah-olah pre-pandemik, bagaimanapun Covid-19 belum berakhir. Angka semalam Covid-19 juga merekodkan 1,503 kes dan ini perkembangan baik. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya