Jangkitan baharu Covid-19 kekal bawah 3,000

Jangkitan baharu Covid-19 kekal bawah 3,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 2,021 kes Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif  28,085 kes

Menurut laman Covid Now, daripada jumlah tersebut, 26,980 individu atau 96.1 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 18 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 1,048 atau 3.7 peratus lagi dirawat di hospital dengan 39 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), 24 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 3,162 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,425,777 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya