Jangkitan baharu Covid-19 bawah 1,000 kes

Jangkitan baharu Covid-19 bawah 1,000 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak 922 jankitan Covid-19 baharu direkodkan setakat tengah malam tadi, menjadikan keseluruhan kes aktif adalah 31,822 kes.

Menurut laman CovidNow, daripada jumlah tersebut, 30,821 individu atau 96.8 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah dengan 14 individu pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Selain itu, 929 atau 2.9 peratus lagi dirawat di hospital dengan 69 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dengan 46 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sebanyak 5,520 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh di negara ini adalah sebanyak 4,384,384. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya