Soalan
Ustaz, adakah kita boleh melabel, memaki dan mencela golongan wahabi?
Fudzail Al-hafiz
Terengganu
Jawapan
Memaki orang adalah haram tidak kiralah wahabi atau sesiapa sahaja. Hatta syaitan pun kita dilarang maki oleh Nabi mulia kita. Ini kerana memaki ini amalan yang dibenci oleh Allah Taala.
Bertaubat sebelum
50 tahun ke atas
Soalan
Ustaz benarkah dalam usia 50 tahun ke atas, jika seseorang itu masih melakukan dosa-dosa besar iaitu maksiat, bermakna hatinya telah hitam dan tidak lagi menerima hidayah?
Rosli Razali
Bukit Mertajam, P.Pinang
Jawapan
Tidaklah macam itu. Hati hitam ini boleh berlaku pada mana usia orang sudah baligh apabila dia tidak bertaubat setelah sering melakukan dosa. Namun pada usia 50 tahun dia belum juga bertaubat sudah tentu hati terlampau keras. Bagaimanapun, dia masih ada peluang untuk bertaubat nasuha untuk membersihkan hatinya.
Tak nak tunjuk wajah anak di media sosial
Soalan
Ustaz, dalam Islam adakah tidak elok atau timbul mudarat kepada bayi itu apabila menunjukkan gambar bayi yang baru dilahirkan kepada orang ramai atau media sosial?
Wan Hashimah Hashim
Pontian, Johor.
Jawapan
Perkara ini memang dibincangkan oleh ulama-ulama tarbiyah dalam bentuk penonjolan. Sebaiknya kita tidak tonjolkan mereka yang masih kecil kerana kemasyuhuran pada waktu kecil boleh merosakkan hati budak itu pada waktu besarnya. Sekadar berkongsi sekali sekala dengan niat untuk mengenalkan kepada kenalan-kenalan insya-Allah tidak mengapa.
Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar emel kepada [email protected]