Isu warden asrama diselesaikan secara holistik - Utusan Malaysia

Isu warden asrama diselesaikan secara holistik

RADZI Jidin (kiri) beramah mesra dengan tetamu pada Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri dan Hari Terbuka Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2022 di Putrajaya. -UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji isu berhubung keluhan guru warden asrama yang sekian lama tiada penyelesaian secara holistik.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, isu berkenaan sudah lama dan perkara itu memerlukan penyelesaian pelbagai aspek. 

Menurut beliau, isu warden berbeza kerana ia perkara khusus yang  sedang diteliti selain ia bukanlah isu baharu. 

“Saya tahu, semua warden tertanya-tanya tentang apakah pendekatan kementerian bagi menyelesaikan isu ini. 

“Kita akan menyusun secara sistematik semua isu yang timbul termasuk elaun supaya ia boleh diselesaikan mengikut segmen dan perkara yang mudah dahulu,” katanya selepas Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri Dan Hari Terbuka KPM Tahun 2022 di perkarangan Kompleks Parcel E di sini hari ini. 

Radzi berkata,kementerian mengetahui cabaran warden ‘worst off’ kerana apabila menjadi warden, dapat elaun warden tetapi hilang elaun lain. 

“Maka di situ, lebih senang mereka tidak menjadi warden kerana tidak mahu kehilangan elaun lain. 

“Semua isu ini adalah teknikal yang perlu dibincangkan dengan pelbagai agensi pusat dan ia sedang diselesaikan tetapi akan ambil sedikit masa,” katanya. 

Pada Disember lalu, bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik mahu kementerian  mempertimbangkan langkah mewujudkan perjawatan khas bagi tugas warden di asrama supaya mereka dapat memberi fokus kepada tugasan hakiki.

Sepanjang pengalamannya berkhidmat di kementerian itu, Maszlee mendakwa menerima banyak rintihan daripada guru-guru yang dibebani dengan pelbagai kerja selain tugasan hakiki, termasuk menjadi warden di asrama.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya