Isu air di Melaka: Buka paip, keluar susu - Utusan Malaysia

Isu air di Melaka: Buka paip, keluar susu

SEORANG penduduk Kampung Portugis, Banda Hilir, Melaka menunjukkan air didakwa seakan susu yang keluar dari paip rumahnya. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kira-kira 1,000 penduduk Kampung Portugis di sini bingung selepas bekalan air paip di kediaman masing-masing bertukar menjadi ‘air susu’, sejak tiga minggu lalu. 

Rata-rata penduduk  meluahkan kebimbangan mengenai status kesihatan mereka yang menggunakan air itu untuk aktiviti seharian. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Komuniti Kampung (JPKK) Perkampungan Portugis, Marina Linda Danker berkata, penduduk mulai panik selepas air terus menjadi keruh dan berwarna putih seakan-akan susu.

“Air ini keluar berwarna putih seakan-akan air susu, namun apabila ia dibiarkan dalam beberapa minit ia akan bertukar jernih. 

“Beberapa penduduk juga mengadu ada mengalami gatal-gatal bila mandi, jadi kami risaulah sekiranya ia mempunyai kaitan dengan kualiti bekalan air ini,” katanya.

Dalam pada itu, Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dalam kenyataan hari ini menjelaskan, kejadian itu adalah disebabkan gelembung udara mikro. 

Katanya, fenomena air keruh adalah disebabkan udara tambahan dan air bercampur bersama dalam bekalan paip utama. 

Ujarnya lagi, kesemua bekalan air paip utama kini mempunyai sedikit udara di dalamnya, namun udara tambahan boleh memasuki bekalan akibat daripada paip pecah atau bocor.

“SAMB telah menerima aduan dan mengambil maklum berkenaan masalah air berwarna putih susu yang berlaku di sekitar Ujong Pasir, Padang Temu dan sekitar daerah Melaka Tengah,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya