Insentif diskaun: PTPTN terima bayaran balik RM1.9 bilion

Insentif diskaun: PTPTN terima bayaran balik RM1.9 bilion

AHMAD DASUKI ABDUL MAJID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebanyak RM1.9 bilion bayaran balik diterima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan seramai 443,722 peminjam menikmati insentif diskaun berjumlah RM206.89 juta seperti yang diumumkan kerajaan melalui Belanjawan 2022.

PTPTN memaklumkan, kerajaan melalui Belanjawan 2021 telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik kepada peminjam PTPTN bermula 1 November 2021 dan berakhir pada 30 April lalu.

“PTPTN merakamkan penghargaan kepada semua peminjam yang telah membuat bayaran balik pinjaman sekali gus menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman yang telah berakhir pada 30 April 2022 lalu,” kata PTPTN dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid merakamkan ucapan terima kasih kepada para peminjam PTPTN yang telah membuat bayaran balik dan menikmati diskaun disediakan. 

Katanya, perkara itu sekali gus membuktikan sokongan peminjam terhadap usaha kerajaan dan PTPTN dalam melestarikan dana pembiayaan pendidikan untuk masa depan dan generasi akan datang dengan melaksanakan tanggungjawab membayar balik pinjaman. 

“Terima kasih juga kepada pihak kerajaan yang sentiasa prihatin dan mengambil berat terhadap kebajikan peminjam PTPTN,” katanya.

Sementara itu, PTPTN juga berharap agar kerjasama dan sokongan padu semua peminjam untuk menunaikan tanggungjawab membuat bayaran balik dikekalkan bagi memastikan PTPTN dapat meneruskan pinjaman pendidikan kepada generasi akan datang bagi memastikan tiada pelajar gagal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan masalah kewangan.

Malah PTPTN juga komited memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik diberikan kepada para peminjam apabila bayaran balik pinjaman dapat dilaksanakan lebih mudah, cepat dan selamat melalui aplikasi myPTPTN yang boleh dimuat turun di telefon mudah alih melalui platform pengedaran digital seperti App Store bagi pengguna iOS, Play Store bagi pengguna Android dan Huawei AppGallery bagi pengguna Huawei.

Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh melayari portal rasmi di www.ptptn.gov.my atau menghubungi PTPTN melalui saluran berikut, Careline PTPTN 03 – 2193 3000, Live Chat di www.ptptn.gov.my, e-Aduan https://eaduan.ptptn.gov.my dan Eksekutif Pemasaran PTPTN di https://www.ptptn.gov.my/hubungi-ptptn serta media sosial rasmi PTPTN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya