Industri kreatif mampu pasarkan bahasa Melayu ke luar negara

Simposium: Industri kreatif mampu pasarkan bahasa Melayu ke luar negara

JESSICA Ong Hai Liaw berucap ketika sidang 14: Bahasa Melayu Pelestarian Kearifan Setempat pada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur, hari ini. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Industri kreatif negara merupakan salah satu platform terbaik untuk memasarkan penggunaan bahasa Melayu di luar negara.

Pakar psikologi bahasa di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Madya Dr. Jessica Ong Hai Liaw menyifatkan, industri kreatif banyak melahirkan ikon dan produk bahasa Melayu yang menjadi ikutan ramai sehingga ke hari ini.

Beliau memberi contoh bagaimana muzik dan animasi tempatan berjaya mempromosikan bahasa Melayu dengan baik.

“Lagu-lagu yang didendangkan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza dan animasi seperti Upin-Ipin bersama-sama membawa diaspora bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa apabila ia menampilkan kesantunan bahasa.

“Jadi, industri kreatif boleh menjadi platform yang berinformasi dalam bahasa Melayu serta boleh mengembangkannya ke aplikasi mudah alih, ini yang anak-anak muda mahukan ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai panel sidang 14: Bahasa Melayu Pelestarian Kearifan Setempat sempena Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Bukan itu sahaja, katanya, individu yang mempunyai pengaruh dan memberi inspirasi juga boleh diangkat bagi mengantarabangsakan bahasa Melayu.

“Orang-orang seperti pempengaruh dan orang kurang upaya (OKU) juga boleh diangkat untuk memasarkan bahasa Melayu,” katanya.

Katanya, banyak lagi yang boleh dipasarkan dari segi warisan, budaya, multimedia, fesyen, tekstil, pakaian, adaptasi novel-novel bahasa Melayu.

“Pada masa sama, perluaskan terus bahasa, budaya dan warisan Melayu di kedutaan-kedutaan Malaysia di luar negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya