Identiti pemandu rentung kereta terbakar dikenal pasti

Identiti pemandu rentung kereta terbakar dikenal pasti

ANGGOTA bomba memadam kereta  dipandu oleh Muhammad Akhimullah Amaran yang terbakar selepas kemalangan di Persimpangan Kampung Nongka, Napoh, Kubang Pasu, Kedah, malam kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR:  Pemandu kereta yang rentung selepas kenderaannya terbakar dalam kemalangan di Persimpangan Kampung Nongka, Napoh dekat Kilometer 19.4 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, malam kelmarin  dikenal pasti identitinya sebagai Muhammad Akhimullah Amaran, 30.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, individu tersebut  dari Kangar, Perlis dan merupakan seorang penjaga stor.

“Ketika kejadian, mangsa didapati memakai tali pinggang keledar. Dia bagaimanapun tersepit dalam keretanya yang remuk, menyebabkannya gagal menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi  di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 malam kelmarin, kereta Proton Persona dipandu mangsa terbakar setelah bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire yang dinaiki tujuh individu.

Kejadian itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dalam keadaan rentung. Klip video kejadian itu turut tular di Facebook memaparkan mangsa menjerit meminta tolong ketika kereta itu terbakar.

Bagaimanapun, orang ramai yang berada di tempat kejadian difahamkan tidak dapat membantu kerana api terlalu marak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya