HFMD: Belum ada perbincangan tutup sekolah - Utusan Malaysia

HFMD: Belum ada perbincangan tutup sekolah

MAH Hang Soon menyampaikan duit raya kepada pelajar Baitul Al Hilmi di Kampung Tambak, Slim River dekat Tanjung Malim semalam. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan tidak menolak kemungkinan untuk menutup sekolah sekiranya kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan drastik.

Timbalan Menteri Pendidikan,  Dr. Mah Hang Soon berkata, bagaimana pun buat masa ini belum ada perbincangan untuk menutup sekolah.

“Bila ada keperluan tertentu (menutup sekolah) kita akan berbuat demikian tetapi paling penting kita harus berpandukan kepada nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” kata kepada Utusan Malaysia pada Program Sambutan Hari Raya Baitul Al-Hilmi di Kompleks Baitul Al-Hilmi, Kampung Tambak, Slim River di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, Mah Han Soon menyampaikan sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 kepada Pengerusi Pertubuhan Baitul Al-Hilmi, Datuk Dr. Ahmad Faris Abdul Halim.

Kata beliau, Kementerian Pendidikan sentiasa bekerjasama dengan KKM berkenaan penularan HFMD di negara ini.

Katanya, apa yang paling penting ketika ini adalah menyedarkan masyarakat mengenai penyakit HFMD serta cara menghindarinya.

“Saya menasihati ibu bapa sekiranya ada anak-anak yang mempunyai simptom (HFMD) jangan hantar mereka ke sekolah dan segera mendapatkan rawatan.

“Orang ramai juga boleh merujuk laman sesawang KKM untuk mendapatkan maklumat lanjut dan lengkap berkenaan HFMD,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya