Harumanis Kedah tidak gugat harumanis Perlis

Harumanis Kedah tidak gugat harumanis Perlis

AZLAN Man melawat gerai-gerai makanan pada majlis Aidilfitri Menteri Besar peringkat Parlimen Arau di Dewan Sivik, Arau, Perlis, hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Kewujudan mempelam harumanis keluaran Kedah yang dijenamakan semula sebagai Harumanis D’Aman tidak menggugat harumanis Perlis.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, selain manis,  harumanis Perlis mempunyai kelainan tersendiri dari segi keharuman yang berbeza dengan harumanis di negeri-negeri lain.

Katanya, hal demikian terbukti daripada maklum balas yang diterima daripada pembeli sendiri yang sering membeli buah berkenan di negeri ini.

“Ada yang cuba bukan sahaja dari Kedah, Kelantan, Terengganu dan saya dengar Johor pun ada. 

“Tapi harumanis Perlis ini lain daripada negeri lain. Kalau hendak kata saingan, ia bukan saingan sebaliknya lebih kepada banyak varieti harumanis yang ditawarkan di pasaran.

“Kita sudah mempunyai pasaran kita sendiri untuk harumanis Perlis. Harumanis Perlis sudah pun dikenali dan orang tahu kualiti harumanis di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada majlis Aidilfitri Menteri Besar peringkat Parlimen Arau di Dewan Sivik, di sini hari ini.

Semalam, Utusan Online  melaporkan, mempelam harumanis keluaran Kedah yang dijenamakan semula sebagai Harumanis D’Aman sebagai salah satu usaha menambah nilai komersial bagi meningkatkan pendapatan pengusaha tanaman tersebut.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dilaporkan berkata, langkah menjenamakan buah tersebut selari dengan Pelan Pembangunan Pertanian Negeri Kedah 2021-2025 yang turut memfokuskan kepada program pembangunan harumanis di negeri ini.

Kata Muhammad Sanusi, di Kedah terdapat beberapa kawasan yang telah dikenal pasti cukup sesuai untuk ditanam dengan harumanis antaranya di Kubang Pasu dan Padang Terap.

“Setakat tahun ini, keluasan tanaman harumanis di negeri ini seluas 98.7 hektar dengan anggaran pengeluaran sebanyak 65 metrik tan dan bilangan petani terlibat pula kira-kira 213 orang,” kata Muhammad Sanusi.

Tambah Azlan, harumanis Perlis telah dipatenkan dan negeri-negeri lain tidak boleh menamakan keluaran mereka sebagai harumanis Perlis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya