Hantaran media sosial: Kit Siang digesa bertangggungjawab

Hantaran media sosial: Kit Siang digesa bertangggungjawab

NAZIR HUSSIN AKHTAR HUSSIN dan LIM KIT SIANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang digesa bertanggungjawab atas hantaran media sosialnya sebelum ini yang bertajuk ‘Apakah rumah Perdana Menteri dan Menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka’.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin menyifatkan, tindakan Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu sebagai tidak bertanggungjawab, anarkis dan satu sabotaj kepada ekonomi negara.

Katanya, setelah berpuluh tahun menjadi ahli Parlimen, Kit Siang pasti sedar bahawa kenyataan-kenyataan beliau bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat negara ini, tetapi pelabur asing yang tidak berada di Malaysia.

“Di Sri Lanka, harga barangan keperluan asas mula meningkat pada akhir 2021 dan kini orang ramai membayar sehingga 30 peratus lebih berbanding setahun lalu. Ramai terpaksa berlapar, bahan api tidak dapat memenuhi permintaan, bekalan elektrik kerap terputus dan ubat juga tidak mencukupi.

“Apakah semua ini mencerminkan keadaan Malaysia hari ini? Ia tidak sama sekali,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kit Siang menerusi akaun Twitter @limkitsiang semalam menciapkan hantaran berbunyi, “Apakah rumah Perdana Menteri dan Menteri akan dibakar oleh rakyat yang marah seperti mana di Sri Lanka?”

Nazir Hussin justeru menggesa Kit Siang memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia.

Jelas beliau, majoriti rakyat negara ini masih mempunyai makanan atas meja setiap hari, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa, jalan raya masih sesak, bekalan elektrik kekal stabil dan rumah-rumah terbuka hari raya aidilfitri terus berjalan dengan meriah.

“Benar negara ini berhadapan inflasi, yang turut dihadapi oleh hampir semua negara di dunia. Namun sistem pentadbiran kita tetap utuh di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Malah keperluan majoriti rakyat tidak pernah terancam.

“Jika kita kekurangan bekalan makanan tertentu ia bukan kerana rakyat tidak mampu membeli, namun kerana negara yang mengeksport mengambil tindakan mengurang eksport akibat krisis dalam negara mereka.

“Tidak seperti rakyat Sri Lanka yang kelaparan, rakyat Malaysia hanya berhadapan terpaksa memilih bahan makanan lain sebagai pilihan,” jelasnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya