Hala tuju, jatuh bangun kerajaan PH Melaka dalam Memoir 22.11 - Utusan Malaysia

Hala tuju, jatuh bangun kerajaan PH Melaka dalam Memoir 22.11

ADLY Zahari (kanan) menyerahkan Memoir 22.11 sebagai cenderahati kepada Sayed Munawar Sayed Mustar yang bertindak sebagai pengulas buku pada majlis pelancaran buku tersebut di Bandar Hilir, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Bekas Ketua Menteri, Adly Zahari menjelaskan hala tuju, aspirasi dan harapan sepanjang 22 bulan pentadbiran kerajaan negeri diterajui Pakatan Harapan (PH) melalui penerbitan buku Memoir 22.11.

Adly yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, buku setebal 322 muka surat itu merupakan catatan peribadi beliau sejak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada 2018 sehingga kejatuhan kerajaan PH Melaka pada 2 Mac 2020, ekoran Langkah Sheraton.

Katanya, buku tersebut menjelaskan bagaimana kerajaan PH Melaka dibentuk, bermula dengan pelantikannya sebagai Ketua Menteri.

“Saya turut menceritakan cabaran yang dilalui serta usaha-usaha yang dilaksanakan dalam tempoh 22 bulan tersebut bagi menjayakan aspirasi rakyat yang telah memilih PH. Kerajaan PH Melaka telah berusaha sebaik mungkin untuk merealisasikan harapan rakyat dengan meletakkan kepedulian dan kesejahteraan sebagai keutamaan.

“Saya juga menjelaskan hala tuju dalam membangunkan Melaka melalui slogan Melaka Berwibawa dan Gagasan #IniRumahKita dengan matlamat untuk menghilangkan kelaparan, kejahilan dan kedukaan rakyat,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran buku Memoir 22.11 di sini semalam.

Tambah Adly, Memoir 22.11 boleh dijadikan rujukan kepada kepemimpinan akan datang, khususnya PH dalam proses pembentukan kerajaan serta mentadbir sesebuah negeri.

Menurutnya, rakyat juga boleh menjadikan buku berkenaan sebagai rujukan untuk mengetahui berkenaan politik Melaka secara khusus.

Buku Memoir 22.11 dijual pada harga RM60 senaskhah di Semenanjung sementara di Sabah dan Sarawak RM65 senaskhah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya