GPS bertanding semua 31 kerusi parlimen menjelang PRU-15

GPS akan bertanding semua 31 kerusi parlimen PRU-15

ABANG Johari ketika ditemui media pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri N26 Gedong, di Hotel Raia di sini, baru-baru ini. - UTUSAN/COWEN LINCH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan bertanding di kesemua 31 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Parti Pesaka Bumiputera (PBB), Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan beliau tidak akan memberikan laluan kerusi kepada mana-mana parti dari Semenanjung.

“Saya sudah kata kita akan mengisi kesemua 31 kerusi itu,” katanya ketika ditanya sama ada GPS akan memberi laluan kepada Bersatu pada pilihan raya umum akan datang.

Bersatu kini memegang dua kerusi parlimen di Sarawak: Puncak Borneo dan Saratok.

Kedua-dua kerusi Ahli Parlimen itu dipegang oleh bekas ahli PKR, di mana Willie Mongin merupakan ahli parlimen Puncak Borneo dan Ali Biju adalah ahli parlimen Saratok.

GPS, yang terdiri daripada PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP), dilihat secara meluas sebagai pembuat keputusan terhadap politik dari persekutuan di Sarawak.

Sokongannya, bersama PAS, juga dilihat sebagai penting kepada kejayaan apa yang dipanggil Sheraton Move yang menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari 2020.

Tahun lepas, Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin mendedahkan bahawa akan bekerjasama dengan gabungan GPS pada pilihan raya umum akan dating.

Muhyiddin berkata persefahaman telah dicapai semasa pertemuan dengan Abang Johari Openg beberapa minggu sebelum pilihan raya negeri.

Bersatu telah memberi laluan kepada GPS dalam Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak yang lalu, dengan tidak bertanding.

Muhyiddin turut berharap langkah itu akan memberi laluan kepada GPS untuk bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya