Gerakan teguh pegang pendirian parti walaupun sertai PN 

Gerakan teguh pegang pendirian parti walaupun sertai PN 

OH TONG KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) tetap berpegang teguh dengan pendirian parti iaitu bersuara demi rakyat serta mempertahan kesaksamaan dalam sebarang polisi yang berhubung kait dengan kepentingan dan kebajikan rakyat meskipun menyertai Perikatan Nasional (PN).

Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong, sejak penubuhan parti itu 54 tahun lalu, Gerakan tetap mengutamakan dan melindungi hak serta kepentingan semua kaum dan agama.

”Hari ini (25 Mei) adalah hari ulang tahun penubuhan rasmi Parti Gerakan Rakyat Malaysia ke-54 dan kami akan terus berpegang dan memperjuang ideologi parti walaupun ahli keluarga PN. Kami tetap bersuara demi kepentingan rakyat dan memantau kerajaan yang memerintah kini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tong Keong berkata, serangan dan penularan Covid-19 di negara ini telah mengakibatkan pelbagai perubahan termasuk ekonomi dan kehidupan rakyat.

Sehubungan itu, jelasnya, adalah penting untuk kerajaan hari ini dapat memberi tumpuan dalam mengendalikan hal-ehwal negara, memastikan kestabilan politik dan ekonomi negara serta rakyat hidup bersatu padu dan harmoni. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN