Gabungan politik 'Ku Li' bukan luar biasa - MB Kelantan

Gabungan politik ‘Ku Li’ bukan luar biasa – MB Kelantan

AHMAD Yakob (dua kanan) meraikan tetamu di rumah terbuka di Kampung Alor Pasir, Tumpat hari ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Gabungan politik membabitkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dengan pelbagai parti untuk merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bukan luar biasa.

Sebaliknya, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, kerjasama seumpama itu perkara biasa dalam dunia politik dan boleh berlaku apabila pihak terlibat percaya tindakan mereka adalah betul.

“Perlembagaan Malaysia juga tidak menghalang mana-mana pihak atau parti politik di negara ini untuk menjalinkan kerjasama dalam PRU 15.

“Pas sentiasa membuat persiapan berdepan sebarang kemungkinan, namun segala gerak kerja dilakukan berlandaskan arahan pimpinan parti,” katanya.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Timbalan Mursyidul Am Pas ditemui pemberita dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kampung Alor Pasir, di sini hari ini.

Tengku Razaleigh atau Ku Li sebelum ini dilaporkan bersedia mengetuai gabungan digelar Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan untuk menumbangkan Pas di Kelantan dalam PRU-15.

Bagaimanapun, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub menegaskan gerakan itu, jika benar-benar wujud, adalah tindakan peribadi Ku Li tanpa melibatkan pihak parti. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya